Subscribe:

Pages

2011-03-27

ZAMAN PRA SEJARAH WUJUD?

Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus?
Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai 'orang gua primitif' memiliki kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?
Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan digambarkan oleh para evolusionis sebagai 'manusia beruk', juga mampu membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan di atas pasir panas beralaskan sandal?
Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta berkenaan. Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mempu berdiri lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun, kebanyakan orang seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.
Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan, dan juga tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah teori evolusi.
Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta, para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.
Sejarah awal manusia - yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan terakhir, telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini. Evolusionis, yang sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal sejarah manusia adalah seperti berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan paling maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya berkembang daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden. Hakikatnya, anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti. Ia juga menggambarkan sejarah manusia seperti yang didakwa oleh falsafah materialis dan teori evolusi.
Para saintis evolusionis - dalam usaha mereka untuk menyokong proses evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, kemudian daripada beruk kepada manusia - bukan saja telah 'menulis' semula asal-usul manusia, bahkan juga 'mencipta' era khayalan seperti 'Zaman Orang Batu' dan 'Zaman Batu' untuk menjelaskan cara hidup 'Orang Primitif'. Evolusionis, yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran 'manusia beruk' duduk di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan sebahagian bantuan media.
Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru dalam bidang sains - terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis berubah menjadi 'versi terbaru', telah dibuktikan salah.
Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka, 'evolusi sejarah' juga tidak pernah terjadi.
Buku ini mendedahkan bukti-bukti saintifik bahawa 'evolusi sejarah manusia' hanyalah pembohongan semata-mata, dan kami akan menunjukkan bagaimana hakikat penciptaan telah disokong oleh penemuan saintifik terkini. Manusia wujud di dunia ini bukan melalui evolusi, tetapi dengan penciptaan sempurna Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

BUKTI 2 LAEN:

part 1


part 2

2011-03-18

ASUS N53JQ-FHD-SZ236V I7-740QM, 8GB RAM, 15.6" 1920X1080 LCD


RRP:
$1,799.00
Your Price:
$1,599.00(You save $200.00)
SKU:
N53JQ-FHD-SZ236V
Weight:
2.90 KGS
Rating:
Shipping:
$35.00 (Fixed shipping cost)



Features


Up to 16GB RAM Capacity

One of the very first 15.6" notebooks to come with 4 RAM slots.  This will allow you to increase your ram to a massive 16GB in total.  Most laptops can only take 8GB.

Bang & Olufsen ICEpower Audio

Welcome to the era of true hi-fi on the PC.  ASUS exclusive SonicMaster technology co-developed by world-famous Band & Olufsen brings you living audio to notebook PCs.

HD+ Resolution (1920 x 1080)

Enjoy crystal clear images with the HD+ screen.  Great for photos, word processing or spreadsheets.  Nearly 50% more viewable space than a standard 1366 x 768 screen.  Improves clarity, sharpness and productivity.

Powerful Graphics

Tap into the horsepower of NVIDIA® GeForce® GT 425M GPU for a visually-charged boost on your favorite applications. GPU-accelerate the editing of your photos and HD videos and level-up your game on the latest DirectX 11 titles. GeForce GT 425M features industry-leading technologies including NVIDIA® PhysX®, NVIDIA® 3D Vision™, and NVIDIA® Optimus™.
Great performance AND great battery life
With NVIDIA® Optimus™ technology you get great battery life and performance whether you’re watching a video, surfing the web, or playing a 3D game.
GeForce your notebook for the ultimate performance upgrade
Tap into the horsepower of the GPU for a visually-charged boost on your favorite applications. GPU-accelerate the editing of your photos and HD videos and push the limits of your web experience with the new generation of GPU-accelerated browsers like Internet Explorer 9.
Dominate next generation DirectX11 gaming
Level-up your game with a GeForce 400-series boost on your favorite DX9, DX10, and DX11 titles. And with NVIDIA Verde™ Drivers, you get continuous performance optimizations for the life of your GeForce GPU.

Quality & Reliability

Backed up with Asus 2yr Global Warranty

Go Faster with USB3.0

Features USB3.0 Ports which are 10x faster then USB2.0 Ports.  Say goodbye to long frustrating waits.  A 25GB Blu-ray movie takes a mere 70s to process!
USB3.0  
 pergh!!!!!!!!!!!!!!nk satu!^^

Teori Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi oleh Ibnuyaacob


sye ulang blik....ini hanyelah s2 TEORI...so jgn trlalu percaye^^

  
Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi
Artikel kali ini akan menghujahkan gabungan maklumat-maklumat berikut :
  • Teori kaedah pilihan Dajjal
  • Pencarian Imam Mahdi
  • Sistem pengecaman wajah berkomputer
  • Programming Language, Operating System dan Windows
  • Peranan manusia dan jin
Pengenalan
Artikel sebelum ini saya ada menerangkan bagaimana Dajjal mencari anak-anak kecil yang dikira bakal Imam Mahdi. Pada artikel tersebut ia hanya menerangkan satu kaedah sahaja iaitu ‘menghapuskan bakal-bakal Imam Mahdi’
Kali ini kita lihat pula kepada satu kaedah lain yang mungkin digunakan Dajjal (melalui agen-agennya) untuk mencari dan menghapuskan Imam Mahdi.
* Kaedah pencarian ini sekadar teori untuk mengesan cara Dajjal mencari Imam Mahdi.
Cara tersebut ialah penggunaan Face Recognition Technology (Teknologi Pengenalan Wajah).
Dajjal menggunakan teknologi yang telah dikembangkan ini untuk mencariImam Mahdi. Teknologi ini mula-mulanya digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tetapi ianya dikembangkan menjadi sesuatu yang komersial.
Melalui beberapa ciri pada wajah kita, sistem ini boleh mengesahkan siapakah orang itu. Sistem akan mengimbas wajah dan menyimpannya di dalam database. Kemudian database akan melakukan kerja konfugurasi penyesuaian dengan data-data sedia ada. Dalam beberapa saat sahaja komputer akan memaparkan identiti lengkap orang tersebut.
Kegunaan FRT Dalam Pencarian Imam Mahdi
Bagaimana mahu mencari Imam Mahdi jika namanya bukan Imam Mahdi? Ini bukanlah suatu yang sukar. Untuk mencari Imam Mahdi menggunakanteknologi FRT, Dajjal memerlukan 2 sumber utama iaitu manusia dan jin.
Manusia dan Jin
Kedua-dua makhluk ini mempunyai peranan masing-masing untuk membantu Dajjal mencari Imam Mahdi. Pencarian Imam Mahdi mungkin sudah bermulasejak seribu tahun dahulu. Namun mungkin cuma cara pencariannya sahaja yang berbeza dan mengikut perkembangan semasa masyarakat.
“Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.” 
(An-Nas, 1-6)
#2 : Peranan Manusia
Agen-agen Dajjal akan bertindak mengumpul semua wajah-wajah manusia di seluruh dunia ke dalam suatu database yang besar. Cara mengambil identiti orang ramai termasuk negara-negara Islam adalah mudah.

Ianya boleh dilakukan dengan agen-agen ini menjual perisian FRT kepada kerajaan negara-negara dunia. Agensi yang bakal membeli perisian-perisian ini sudah pasti Jabatan-jabatan pendaftaran yang mengeluarkan kad pengenalan.
Perisian-perisian ini akan diformat oleh pembekal-pembekal agar semua database rakyat boleh diambil tanpa perlu meminta. Kepakaran teknologi sudah pastilah mudah kerana perisian ini akan dipasang dalam Operating Systembuatan Illuminati sendiri iaitu Windows.
Bayangkan seorang pencuri laptop dapat mengesan dan mecuri laptop yang telah dimatikan yang disimpan di dalam kereta. Pencuri hanya perlu menggunakan alat frekuensi.
(Tidak lama dulu, rancangan jenayah 999 di TV3 ada menghuraikan tentang jenayah mencuri laptop dan handphone dengan alat frekuaensi)
Sekiranya perisian FRT dibangunkan oleh orang Islam sendiri pun, Dajjal melalui agen-agen Illuminatinya mampu memecahkan database perisian. Mengapa?
Kita harus ingat, sejauh mana canggih pun perisian itu, ia harus dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer (programming language). Bahasa-bahasa ini dibina oleh jurutera-jurutera Yahudi yang genius.
Kita mungkin hanya didedahkan dengan sejarah pembinaan bahasa seperti Fortran, Borland C, C++, Cobol, BASIC dan sebagainya tetapi tidak untuk belajar cara membinanya.
#1: Peranan Jin
Muhammad Isa Dawud memberitahu Dajjal akan dibantu oleh Jin dan Syaitan dalam setiap operasi jahatnya. Maka peranan jin dan syaitan di sini pada pandangan saya ialah memberikan gambaran fizikal maklumat wajah keturunan Imam Mahdi.
 
Kemampuan Jin dan Syaitan dalam menampakkan diri kepada bentuk nyata dan berjisim adalah sesuatu yang sahih.
Dalam tafsir al-Qurthubi ada menyebut :
“Diriwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut kepada Bani Bakr…”
Rasululllah SAW menegaskan Imam Mahdi adalah dari keturunannya sebelah Saidatina Fatimah. Ini bermakna semua anak-anak dari keturunannya salah seorang bakal menjadi Imam Mahdi.
Cuma keturunannya sekarang berselerak dan tidak dapat dikenalpasti secara sahih.
Satu-satunya makhluk yang boleh mengecam wajah-wajah keturunan Fatimah ialah Jin dan Syaitan. Mereka hidup lama beribu-ribu tahun. Jadi peranan mereka di sini ialah menukar jisim mereka menyerupai sebarang wajah-wajah anak-anak cucu Fatimah yang boleh dikenalpasti.
Penukaran Kepada Bentuk Ramalan Imam Mahdi
Melalui penukaran ke bentuk jisim fizikal ini, maka titik-titik wajah diambil dan disimpan ke dalam database. Semua wajah-wajah keturunan fatimah disimpan dengan tujuan menjadikan maklumat berikut sebagai sumber utama identiti.
Secara logiknya, wajah Imam Mahdi sudah pastilah mempunyai iras-iras danciri-ciri datuk neneknya. Maka fungsi database sumber utama ialah melakukan proses penyesuaian dengan database wajah-wajah manusia seluruh dunia.
Komputer sebagai pemutus pencarian akan memutuskan wajah manakah yang dikira 90% hampir sama dengan database sumber utama. Maka wajah-wajah tersebut atau individu yang dikira sama akan dihapuskan pada peringkat seterusnya.
Rasulullah SAW telah pun memberikan gambaran yang jelas tentang Imam Mahdi mengenai rupanya, fizikalnya dan keturunannya. Adakah mungkin Dajjal hanya duduk sahaja berdiam diri dengan maklumat sebegini?
Kesimpulan
Peranan sesuatu teknologi dalam strategi Dajjal biasanya dikaburkan dengan langkah mengkomersialkan teknologi tersebut. Orang ramai mungkin akan mempertikai kembali teori ini kerana FRT telah pun dikembangkan dengan banyakkan oleh syarikat-syarikat kecil dan besar. Maka dari situ orang ramai tidak nampak ada kerahsian sulit tentang objektif penggunaannya.
Kekaburan ini biasanya dibina di atas alasan “Keselamatan dari Pengganas”.
Wallahu’alam…

2011-03-17

Betulkah Neil Amstrong pnah pergi ke BULAN?..

Sye dpt cite nie drp blog org...so klau nk percaye skati...tp kalau x  pon trserah....^^

KONTROVERSI APPOLO 11,20 Julai 1969

Ramai diantara kita yang pernah mendengar dan tahu tentang kapal angkasa Apollo 11 yang dikatakan membawa angkawasan Neil Amstrong ke bulan. Dikatakan kapal ini mendarat buat kali pertama di bulan pada 20 Julai 1969 sekaligus mencatat sejarah dunia. Nama Neil Amstrong menjadi sebutan apabila diisytiharkan sebagai manusia pertama di dunia yang menjejakkan kaki dibulan. Sehingga hari ini, tiada lagi manusia yang mampu melakukannya, walaupun ianya dilihat tidak mustahil untuk diulangi pada zaman sekarang. Kebanyakkan misi angkasa lepas selepas itu hanyalah ke planet-planet lain, tidak ke bulan. Kenapa?  



Gambar manusia di bulan hanyalah dengan menggunakan foto-foto pada tahun 1969 itu sahaja, tiada yang terkini. Akhirnya ia mencetuskan seribu persoalan. Selepas berkurun lamanya, evolusi serta perkembangan sains dan teknologi dunia semakin maju, satu demi satu keraguan timbul tentang kesahihan dan keaslian foto-foto tersebut.

Pakar-pakar dan pengkaji angkasa lepas mempersoalkan tentang foto-foto tersebut, lalu membuktikan ianya palsu. Manakala pihak NASA hanya mendiamkan diri, membisu dan langsung tidak menafikannya. Ini menguatkan lagi andaian bahawa misi pendaratan apollo 11 di bulan hanyalah palsu semata-mata.


GAMBAR KONTROVERSI

Di antara gambar-gambar Neil Amstrong tersebut terlihat ada banyak sumber cahaya, padahal di bulan sumber cahaya hanya satu iaitu Matahari. Foto-foto ini memaparkan bahawa sebenarnya Neil Amstrong, astronaut Amerika yang di katakan menjadi orang pertama di dunia yang mendarat bulan, adalah bohong belaka.


Ada beberapa argumen yang menguatkan hal itu, yang bererti NASA juga telah melakukan pembohongan terhadap dunia:


1. Foto ini memperlihatkan adanya sumber cahaya tambahan yang menyinari beberapa objek. Jika bahagian depan astronaut itu kelihatan jelas, bagaimana mungkin ada bayangan gelap pekat dibelakangnya.


2. Satu-satunya sumber cahaya di bulan adalah matahari, bayang-bayang yang wujud di bulan seharusnya sejajar dan selari. Namun dalam foto ini, kelihatan ada bayangan yang tidak sejajar. Ini membuktikan ada banyak sumber cahaya di sana (bulan), suatu yang tidak mungkin berlaku.
Bayang-bayang yang tidak selari

Bayang-bayang yang tidak konsisten membuktikan bahawa terdapat banyak sumber cahaya. Kemungkinan sinaran cahaya datang dari lampu-lampu spotlight yang dipasang berdekatan.
  

3.Gambar Neil Armstrong yang mula-mula turun ke permukaan bulan diambil dari luar lunar module. Siapakah yang mengambil gambar itu ? Jika di lihat bawah lunar module itu, langsung tiada kesan api roket pada permukaan `bulan`. Tidak ada kawah pendaratan dibakar ke dalam tanah di bulan. Ketika gambar di ambil, keadaan di bulan adalah vakum dan sepatutnya baju ruang angkasa akan meletup. Tetapi ianya tidak berlaku, sungguh menghairankan.Manakala cahaya matahari (kononnya) terang macam lampu spotlight (hanya dikawasan kapal angkasa) tetapi latar belakang gelap gelita. Juga langsung tidak kelihatan bintang-bintang.
Neil Amstrong turun dari lunar module


Pandangan sekitar lunar module

4.Pada gambar, nampak ada cahaya yang memantul di helmet depan para astronaut. Cahaya yang sangat kuat dan dekat. Ini suatu yang tak mungkin ada sumber cahaya lain di bulan melainkan terdapat lampu yang dipasang. Mustahil cahaya dari matahari muncul dari pelbagai arah di bulan.



Biasan atau pantulan yang dapat dilihat pada helmet autronaut.

Disisi kiri bahagian atas kelihatan cahaya seperti dari lampu `single spotlight` yang biasanya digunakan dalam mini studio. Juga sinaran cahaya lampu yang jelas kelihatan pada helmet autronaut (gambar bawah). Adakah ini yang dikatakan cahaya matahari ?

Gambar matahari yang di ambil juga mencetuskan tanda tanya. Mengapa ianya diambil berhampiran dengan lunar module (kapal angkasa), sepatutnya lebih meyakinkan jika diambil dari tempat lapang.Juga jika diperhatikan secara teliti, kelihatan terdapat tanda seperti salib dalam bulatan cahaya tersebut. Persilangan dalam bayangan, ini adalah komposisi imej fotografi yang buruk.  
  
Sinar cahaya. (matahari kononnya)

Gambar dekat (tanda salib)

Cahaya dari lampu lunar module

5.Bagaimana mungkin NASA boleh menayangkan Apollo 11 di televisyen sedangkan tidak ada seorang pun jurukamera yang pergi untuk mengambil gambar-gambar mereka. Yang lebih aneh dan ajaib, logiknya filem kamera akan mencair pada suhu 250 darjah. Filem apapun yang berada di tempat terbuka di bulan akan mencair pada suhu itu. Jadi ianya sesuatu yang menghairankan jika kamera dibawa ke bulan.



6. LM mesin dikatakan memiliki kekuatan dahsyat seperti helikopter.Seharusnya jika mendarat ia boleh menerbangkan benda-benda di sekitarnya. Namun yang terlihat adalah keadaan yang normal, tidak ada debu atau benda-benda beterbangan. Sedangkan permukaan `bulan` didalam gambar tersebut kelihatan seperti padang pasir.


Permukaan `bulan` seperti padang pasir

Gambar sebenar di bulan (dari satelit)
7.Bekas jejak kaki yang ditinggalkan oleh astronaut adalah bukti bahawa pendaratan di bulan adalah palsu. Seperti ulasan No 6 di atas, Jika mesin LM sangat kuat pendaratannya segala jejak-jejak dipermukaan akan terhapus. Jadi adanya jejak kaki membuatkan hal ini tidak masuk akal.


Sampel tapak kaki astronaut

8. Bukti yang paling sahih menyatakan pendaratan di bulan adalah satu penipuan adalah gambar astronaut yang mengibarkan bendera USA di bulan. Bendera itu kelihatan berkibar-kibar. Sungguh tak masuk akal ! Kerana di bulan tidak ada udara apatah lagi angin, jadi tak mungkin bendera boleh berkibar! Jelas juga kelihatan bayangan yang tidak selari antara astronaut dan kapal angkasa. Yang menjadi tanda tanya, mengapa bendera tersebut tidak ada bayang-bayang ? Kemana hilangnya ? atau adakah gambar tersebut hanyalah super-impose ? 


9.Sampel batu yang dikatakan di ambil dari bulan (kononnya) kemudiannya di bawa pulang ke bumi untuk bahan ujikaji. Batu atau apa-apa sahaja sumber dari bulan sememangnya beradioaktif, sebab itu angkasawan mengenakan pakaian pelindung lutsinar bagi mengelakkan kesan radioaktif tersebut. Anehnya pengkaji US (gambar bawah) boleh memegang batu tersebut dengan selamba tanpa memakai pakaian pelindung.




Kerana Batu Rahsia Terbongkar


Batu tersebut (yg dikatakan di ambil dari bulan) dianalisis oleh Professor John L.Parker iaitu pakar geology di Universiti Maine bersama seorang saintis bernama Nelly Wason. Beberapa tahun kemudian, Parker meninggal dunia dan Nelly Wason yang masih tidak berpuas hati meneruskan kajiannya. Akhirnya beliau mendapati `batu bulan` tersebut mempunyai komposisi yang sama seperti batu yang terdapat di Gurun Atacama, utara Chile. Dalam laporannya, Wason menyatakan Parker bersengkongkol dengan NASA untuk menyembunyikan kebenaran. Sebenarnya Parker sudahpun mengetahui tentang `batu bulan` tersebut tetapi merahsiakannya. 


Rumusannya, `Batu bulan` tersebut dipungut dari gurun Atacama dan gambar-gambar Neil Amstrong di bulan juga adalah palsu. Ianya hanyalah ibarat seperti satu penggambaran filem sains fiksyen yang direka dan diedit bagi menampakkan suasana sebenar. 



Kemudiannya, foto-foto tersebut dikaji tentang keasliannya. Persoalan demi persoalan timbul, satu demi satu kecacatan terungkai, kritikan demi kritikan muncul. Dalam pada itu, NASA terus berdiam diri. Sikap NASA akhirnya memakan diri. Kalau pun NASA yang membuat gambar itu, seharusnya NASA tidak membuat kesalahan yang besar dan jelas seperti itu.Terlalu banyak kecacatan dalam foto-foto NASA yang dikatakan diambil dari planet bulan. Kini cerita pendaratan di bulan oleh Neil Amstrong hanyalah menjadi cerita lucu dan bahan ketawa.



Benarkah Neil Amstrong berjaya mendarat di bulan dengan Selamat?

Dalam bulatan : Bayang-bayang yang menjadi tanda tanya?

Neil Amstrong mendarat dibulan dengan Selamat @ Pak Selamat.
Kemungkinan bayang-bayang yg muncul itu merupakan bayang-bayang warung Pak Selamat.

TRUE STORY : Lie of the moon landing

The "USA" are a dictatorship democracy and not capable for the truth - a "Nuremberg" for the "USA".


It's not important to discuss about a turned flagpole anymore which had been turned or not to give proofs for the lie of the moon. The landing on the moon is a fraud, and the "American" population had been cheated out of 40 billion Dollar. 


The moon landing had been staged for a bluff against Russia in the Cold War, not more. The fact that something like this can happen is a sign that in the "USA" something with the structure of democracy seems to be heavily wrong. The secret communities of the Free Masons and the Illuminates have too much power, respectively other groups don't have any power. The "USA" are a dictatorship democracy of the Free Masons, not more. 


And all this is very deplorable because terror "USA" - slowly but steadily - are really getting on the world's nerves. We need a "Nuremberg" for the "USA" so the "USA" will at last achieve a structure reform which corresponds to a democracy. The secret communities of the Free Masons and the Illuminates have to be dissolved completely. These Free Masons are not at all "free", but they are obsessed by black magic and betraying other people. 


40 billion $ fraud sum? And these human beings are still free and walking around the world?The "Nuremberg" for the terror "USA" could be in Den Haag...


But it's strange that until now there has not been fount one single judge against these terror "USA".

                   






dipetik dri http://hantukampung.blogspot.com/

'Followers'..^^