Subscribe:

Pages

2011-04-18

Microsoft Word----->>Q33 NY? Tipu muslihat?


Bende nie mmg dah lame cume nk diigat kn kembali tentang Tipu Muslihat yahudi dalam Microsoft...


first sekali bukak Microsoft Word ..
pastu type Q33 NY..
then highlight Q33 NY tu..
tukar la dalam size 48 supaye nampak lebih jelas..
pastu tukar font die kepada WINGDINGS...


Then korang akan nampak sebuah kapal melanggar dua buah bangguna iaitu melambangkn menare WTC..
pastu kt tepi die ade lambang tengkorak dan yahudi...
Q33 NY tu merupakan numbor kapal terbang yang melanggar WTC..


Adakah ini satu kebetulan?
wallahualam..

MALU!!!!^^

Seorang wanita telah terbersalin di dalam sebuah lif..
dier rase malu nak kuar dar lif tu..
Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan phsychologist untuk memunjuk die kuar dari lif tersebut....
phsychologist tu pon cakap ler..
"Cik, keluar larh...aper nak dimalukan...perkare nie perkare biase.."
wanita itu menjawap..
"Tak mau, Tak mau saya malu!..."
phsychologist itu pon menjawap...
"Alah tahun lepas saye ade satu kes lagi teruk...
pompuan tu beranak dalam longkang....!!"
wanita tu pown menangis dengan kuat sekali lalu berkate
"YANG TU POWN SAYE GAK!!!!!UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHUHU...!!!!

2011-04-14

"KEJADIAN SERAM DI ICU"

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...

bijak!

Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki, " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa-apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin", kata si wanita tersengih-sengih.
Si lelaki terkedu, "Saya setuju dengan kata-kata awak", katanya.
"Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara?", kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.
"Baiklah, demi persahabatan ini", kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.
Si lelaki bertanya dengan kehairanan,"Kenapa kamu tak minum sama?".
Si wanita membalas,"Takpe lah. Saya tunggu polis datang....

JAM DINDING^^

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.
"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

2011-04-07

kisah pemandu dan nurse!!^^

Seorang Nurse yang ingin pulang ke rumah..
Nurse tersebut telah menahan teksi untuk pulang ke rumahnya..
Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi itu asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"
Pemandu itu tersenyum lalu berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berangan....sory ye... saya suke tegok wajah cik..
saya ingin mencium seorang Nurse..."
"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik...
tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...
pemandu itu gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".
Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... pemandu itu degan pantas terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tapi pemandu itu menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Nurse tersebut tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang "MAK NYAH" yang kebetulan dalam baru pulang dari pesta pakaian beragam"

'Followers'..^^