Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dijadualkan menentang Malaysia pada 21 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil, dalam siri lawatannya ke Asia.
Pengarah Urusan ProEvents yang juga penganjur perlawanan, John Merritt, berkata tiket perlawanan akan mula dijual esok, di mana pembelian menerusi dalam talian pada 30 Mei ini.
Pasukan bola sepak gergasi England, Chelsea akan lawan Malaysia (Malaysia XI) pada 21 Julai 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Chelsea memilih Malaysia sebagai antara destinasi untuk menjalani perlawanan pramusim iaitu sebagai persiapan sebelum menghadapi musim baru 2011/2012.
Pengumuman ini dibuat dan di siarkan di lawan web rasmi pasukan Chelsea.
Ini merupakan kali kedua skuad Blues itu datang ke Malaysia selepas menewaskan pasukan kebangsaan 2-0 dalam kunjungan pertamanya pada 27 Julai, 2008.
Chelasea juga turut beraksi di Bangkok pada 24 Julai sebelum melengkapkan Jelajah Asia 2011 dengan bertanding dalam Trofi Barclays Asia di Hong Kong.
Sementara itu, Liverpool turut dijangka berada di Malaysia Julai depan, bagaimanapun, tarikh perlawanan antara kesebelasan utama negara masih belum diumumkan. - AFPPada perlawan pada 2008 Malaysia telah tewas melawan chelsea.
Walaupun Malaysia tewas, tetapi Malaysia tidak tewas dalam keadaan memalukan.